Minggu, 01 April 2012

kamar-kamar di surga

Kamar-Kamar Di Syurga Rasulullah S.A.W pernah
bersabda bahawa di dalam
syurga itu terbahagi dalam
kamar-kamar. Dindingnya
tembus pandang dengan
hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di
dalamnya pula terdapat
pemandangan yang tidak
pernah dilihat di dunia dan
terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
“Untuk siapa kamar-kamar itu
wahai Rasulullah S.A.W?”
tanya para sahabat.
“Untuk orang yang
mengucapkan dan menyemarakkan salam,
untuk mereka yang
memberikan makan kepada
yang memerlukan, dan untuk
mereka yang membiasakan
puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap
dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu
temannya lalu memberi salam,
dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan
kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan
begitu bererti termasuk
orang-orang yang
membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan
Subuh secara berjemaah,
dengan begitu bererti
termasuk orang yang solat
malam di saat orang-orang
sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya
kepada sahabatnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Senja kuning